Apakah faedah SENI jika ia tidak benar-benar lahir daripada alam rasa yang terbenam dalam batin (roh) yang suci, atau lebih parah jika ia ternyata berniat peribadi. Dengan demikian salah satu ciri seniman sejati, adalah berlandaskan niat jujur dan bersifat tidak keterlaluan mengejar RM (baca:Ringgit dan sen) tetapi tanggungjawab seniman sejati menunaikan amanah rakyat menerusi bakat dan kemahiran (melakukan kritik) yang dikurniakan Tuhan untuk kebaikan semua manusia.-Lokman Abd Samad.
Tuesday, July 20, 2010
“Tersentak” JUARA GEMA CIPTA 2009
Pertandingan akhir Gema Cipta atau pun pertandingan mencipta lagu yang dianjurkan oleh Pelajar Jurusan Muzik, Sekolah Pengajian Seni (SPS) berakhir dengan lagu “Tersentak” yang diumumkan sebagai juara hasil nukilan Mesmoro dan dinyanyikan sendiri oleh beliau dengan begitu bertenaga dan bergaya sekali. Tempat kedua pula disandang oleh Semantha dengan tajuk lagunya “My Unforgtable Diary” dan tempat yang ketiga pula dimenangi oleh Zulkhalif dengan tajuk lagu ciptaan beliau iaitu “Jangan Tak Pernah”. Manakala pemenang untuk Kategori lirik lagu terbaik ialah Fauzan dengan lagunya...
Pengarah Program tersebut iaitu Ling Hung Hee berkata dalam ucapannya objektif pertandingan Gema Cipta tersebut dibuat adalah untuk mencetuskan inspirasi dalam kalangan warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menghasilkan lagu-lagu patriotik dan popular. Di samping itu, gema cipta adalah platform terbaik kepada pencipta-pencipta lagu di Universiti ini untuk mempersembahkan hasil-hasil karya mereka. Melalui pertandingan seumpama ini, bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar boleh dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi.
Penganjuran pertandingan gema cipta tersebut turut disokong oleh Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sharif Abdul kadir Omang, Pemangku Timbalan Naib Canselor,UMS. Beliau sangat mengharapkan harapan yang tinggi kepada pencipta-pencipta lagu untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan bukan sahaja di peringkat Universiti malah di bidang muzik negara ini. Menurut beliau penghasilan lagu yang berkualiti bukan sahaja melibatkan komposisi melodi yang merdu dan menarik, tetapi juga bergantung kepada kualiti penulisan lirik dan cara persembahan lagu. Bagi memastikan masyarakat mendapat akses kepada muzik yang berkualiti,pencipta lagu harus sentiasa memastikan ketiga-tiga aspek ini diberikan keutamaan. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi satu tradisi dalam pertandingan gema cipta ini dalam menyediakan dua buah hadiah khas, iaitu lirik terbaik dan persembahan terbaik.
Hadir sama pada malam tersebut ialah Prof.Madya Haji Inon Shaharudin Abdul Rahman, Dekan Sekolah Pengajian Seni, Prof. Dr. Ridzwan Abdul Rahman, Dekan Sekolah Pertanian Lestari, Prof. Madya Dr. Mahmud Sudin, Dekan Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Dr. Low Kok On, Timb. Dekan Sekolah pengajian Seni serta para pelajar. Malam pertandingan akhir tersebut turut diserikan dengan persembahan khas dari anak-anak cilik iaitu anak Y.Bhg.Prof. Madya Dr. Sharif sendiri dan anak-anak En. Fuad Bebit, Pensyarah Sekolah Pengajian Seni yang telah menarik perhatian penonton yang hadir dengan tarian Shufle.
No comments:
Post a Comment