Tuesday, July 20, 2010

Pelajar SPS Berpuisi Ke Peringkat Kebangsaan

Oleh : Alvester Bigol


Pada 26 Julai 2009 Sekolah Pengajian Seni telah menghantar dua orang pelajar iaitu Asmah Juning dan Nurain Lambertus Guna Hala untuk menyertai Sayembara Deklamasi Puisi anjuran Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) bertempat di Dewan Kapitol, Universiti Malaysia Perlis. Apa yang membanggakan Sekolah Pengajian Seni adalah bakat yang menonjol pada Asmah dengan tajuk puisinya “Tun Perak” apabila beliau telah diumumkan johan dalam Seyembara Deklamasi puisi tersebut yang bertemakan “Pepaduan Dalam pengucapan Puisi” sekaligus terpilih mewalkili UMS dan Universiti Malaysia ke peringkat Kebangsaan pada 12-16 ogos 2009.

Nuraian Lambertus yang membawa syair “Nasihat Fasal 1” karya Ali Haji pula gagal melayakkan diri ke peringkat akhir, namun beliau berasa bangga kerana telah berani mencuba membuat yang terbaik untuk dirinya sendiri tetapi rezeki tidak menyebelahinya.

Kejayaan Asmah menjadi kebanggaan semua warga SPS kerana melalui bakat dan pengalaman tersebut mampu menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar Sekolah Pengajian Seni. Melalui pengalaman tersebut Asmah mampu untuk membimbing rakan-rakan yang berminat untuk menjadi pemuisi yang baik sepertinya dan akan mewarisi kebolehan beliau sekaligus akan mengulangi apa yang pernah dikecapi oleh Asmah sekarang iaitu jadi pemuisi UMS di peringkat kebangsaan.

No comments:

Post a Comment