Tuesday, July 20, 2010

SPS Mengharumkan Nama UMS


Sekolah Pengajian Seni terus mencipta nama apabila Asmah Binti Juning dan Hilton Sidi Yalie menjadi juara pertandingan kategori Deklamasi Puisi dan Lagu patriotik yang dipertandingkan pada malam 4 September 2009. Pertandingan Deklamasi Puisi dan lagu patriotik tersebut dianjurkan oleh Politeknik, Kota kinabalu bertempat di Dewan Rafflesia Politeknik sendiri bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-52 Peringkat IPTA Negeri Sabah. Pertandingan tersebut hanya disertai oleh tiga IPTA yang ada di Sabah iaitu Universiti Malaysia Sabah(UMS), Universiti Teknologi Mara(UITM) dan politeknik.

Bagi kategori Deklamasi Puisi pemenangnya telah dirangkul oleh Asmah Binti Juning iaitu Pelajar Tahun Akhir, Program Seni kreatif(Teater). Gaya dan Intonasi yang memukau para juri yang menghakimi pertandingan Asmah mampu mengangkat karya Gunawan Mahmod sebagai Juara Deklamasi puisinya yang bertajuk “Tun Perak”.

Seramai 5 orang pelajar lagi yang mencabar Asmah namun terkandas jua. Tempat kedua pula disandang oleh Azri dari UITM dengan tajuk puisinya Tanah Bertuah karya Zul Elia. Bagi tempat ketiga jatuh kepada pelajar dari politeknik iaitu Fatin Hayana Binti Binto dengan puisinya Kita Telah Ditinggalkan Jauh. Peserta lain yang turut menyertai malam deklamasi puisi ialah Victor Pengayan dengan puisinya (Hidup Berjasa, Mati Berbudi Karya Mohd. Yasin). Nurul Alfisa Hafiz dari UITM (Jambang Merdeka karya Mohd. Yusof).

Pemenang Juara lagu Patriotik pada malam tersebut ialah Hilton Sidi Yalie iaitu pelajar Tahun Satu, Program Seni Muzik. Dengan suara yang tinggi dan ditambah dengan gaya di atas pentas yang diserikan dengan tarinya Hilton berjaya memikat para juri pertandingan. Beliau mempertaruhkan dua buah lagu patriotik iaitu “Warisan” dan “Cinta Setia”. Tempat kedua pula ialah pelajar dari politeknik iaitu Mohd. Safli dengan lagunya Warisan. Manakala tempat ketiga disandang oleh Norashadima Binti Mohd. Huda dari UITM dengan lagu beliau iaitu Dirgahayu Tanah Airku dan Hati.

Pelajar lain yang turut mengetengahkan bakat mereka pada malam tersebut ialah Siti Nurhafifah Musa dari UMS dengan lagu pilihannya iaitu Bahtera Merdeka dan Dirgahayu Tanah Airku. Suraya Binti Rudin dari Politeknik dengan lagu beliau Dirgahayu Tanah Airku. Fantihardiana Binti Binto dengan Lagunya Bahtera Merdeka dan Pahlawanku.

Dengan kejayaan tersebut Asmah dan Hilton sekali lagi dijemput untuk menghangatkan pentas Dewan Rafflesia, Politeknik Sempena dengan Malam Penutupan Bulan kemerdekaan Peringkat IPTA Negeri Sabah pada 2 Oktober 2009.

No comments:

Post a Comment