Wednesday, February 9, 2011

Menghidupkan Roh Rosli Dhoby Melalui Teater

Istilah pejuang begitu besar maknanya, dalam Kamus Dewan edisi yang keempat menyatakan pejuang adalah orang yang berjuang untuk mempertahankan tanah airnya daripada dijajah oleh kuasa asing. Nama-nama pejuang seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato’ Maharaja Lela memang bukan asing lagi dalam minda masyarakat Melayu khususnya di Semenanjung Malaysia. Manakala di Sabah, sebut sahaja nama Mat Salleh, sudah pasti masyarakatnya akan berasa bangga kerana mempunyai seorang pejuang yang hebat dan tiada tandingannya suatu ketika dahulu. Di Sarawak pula, kita juga mempunyai beberapa orang pejuang yang tidak mungkin kita lupakan iaitu Rosli Dhoby, Syarif Masahur dan Rentap. Jasa Rosli Dhoby begitu besar kepada masyarakat Bumi Kenyalang kerana beliau pernah membakar semangat masyarakat untuk bangkit menentang penjajah. 

Dewasa ini, pelbagai hiburan dan kemajuan teknologi maklumat yang makin mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya golongan belia. Mereka dilihat lebih gemar melayari laman sosial untuk bersembang seperti menerusi facebook, friendster, twitter, dan sebagainya. Persoalannya ialah bagaimanakah cara kita boleh menghargai, mengingat dan mendekatkan diri dengan peristiwa-peristiwa bersejarah tanah air. Kita sebenarnya teringin untuk menyaksikan sendiri bagaimana keadaan peritnya pengorbanan yang telah diredahi dan dirasai tokoh-tokoh pejuang tanah air ini. Sudah pastinya pentas seni seperti bidang teater merupakan platform yang terbaik di mana boleh menyuntik semangat dan merasai kembali roh perjuangan tokoh pahlawan negara kita. Kita tidak mahu golongan muda amnya semakin lena menikmati keamanan dan ketenangan di negara ini sehingga melupakan jasa tokoh-tokoh pejuang negara tercinta.
Atas dasar kesedaran akan pentingnya bahawa jasad Rosli Dhoby yang telah lama meninggal perlu ditiup kembali ke minda masyarakat kita. Maka muncul ilham, salah seorang karyawan Sarawak iaitu Abang Patdeli Abang Muhi menghasilkan sebuah skrip teater untuk dipentaskan. Skrip teater yang beliau hasilkan bertajuk Rosli Dhoby :Luka Darul Hana (RD:LDH) telah berjaya dipementasan pada 27 dan 28 Disember 2010 bertempat di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS). Objektif pementasan ini dibuat adalah supaya roh Rosli Dhoby dapat dihidupkan kembali dan tidak tersirna dari ingatan masyarakat.

Pementasan teater RD:LDH tersebut adalah hasil usaha DBPCS yang telah bekerja keras untuk mencari tenaga produksi yang berpengalaman seperti pengarah teater untuk melatih peran-peran untuk mementaskan sebuah skrip kepada bentuk teater. Pementasan teater ini sangat menarik kerana sangat dekat dengan naluri para peran iaitu bertemakan semangat juang pemuda Melayu. Siapa sangka, di sebalik ketaatan dan ketundukan masyarakat terhadap kedatang penjajah maka denga beraninya tampil seorang pemuda bernama Rosli Dhoby mengorak langkah maju melawan arus. Tanpa rasa takut kepada orang Inggeris, Rosli Dhoby bertekad menumpahkan darah Gebenor Inggeris di Sibu pada ketika itu iaitu Sir Duncan Stewart. Beliau hanya bersenjatakan sebilah badik dan berjaya menitiskan keluar hujan merah dari baju Sir Duncan Stewart pada 3 Disember 1949.

Penonton yang pernah menyaksikan pementasan teater ini di Balai Budaya, DBPCS pastinya berasa puas dan terhibur kerana pementasan dibuat dipentaskan dua malam berturut-turut supaya dapat memberi peluang kepada penonton menghayati bagaimana perjuangan Rosli Dhoby dan juga berhibur dengan unsur-unsur komedi yang diselitkan oleh pengarah melalui kepintaran watak-watak pembantu ataupun peran yang telah berjaya mengamatkan suasana perjalanan cerita yang serius.

Keserasian pelakon dengan watak yang dipegang adalah amat penting supaya pelakon mampu menonjolkan suasana yang realiti seperti mana yang dialami pada era perjuangan Rosli Dhoby menentang penjajah. Atas azam tidak mahu ditindas demi mengangkat maruah bangsa, agama dan negara mendorong Rosli Dhoby menghentikan nafas Sir Duncan Stewart. Rosli Dhoby tidak kisah dikatakan pemberontak, asalkan orang Inggeris sedar bahawa orang Melayu bukanlah bangsa yang senang dipergunakan dan dipijak sesuka hati.
Bidang seni teater sememangnya suatu bidang yang amat mencabar kepada tenaga produksinya. Komitmen dan kerjasama dalam kalangan ahli produksi dan juga para pelakon adalah sangat dituntut. Selagi sesebuah produksi belum memuaskan pengarah, selagi itulah latihan akan sentiasa dibuat untuk memperbaiki segala kekurangan yang mampu diubah demi untuk menghasilkan sebuah pementasan teater yang baik iaitu untuk mengajar, mendorong, menghiburkan dan mampu memberikan kepuasan kepada para penonton yang hadir. Misalnya pementasan teater Rosli Dhoby dilihat banyak memberi manfaat kepada golongan muda terutama dari segi nilai patriotismenya. Sebenarnya usia muda adalah peringkat yang terbaik untuk kita menanam semangat mempertahankan negara dari dijajah oleh bangsa asing.

Bagi memperbaiki kualiti persembahan para pelakon dan juga memantapkan lagi kemahiran teknikal ahli produksi yang terlibat dengan pementasan teater RD:LDH terutamanya dari segi elemen-elemen artistiknya. Maka, pihak pengurusan DBPCS telah bersetuju untuk mengadakan satu sesi diskusi tentang pementasan teater RD:LDH yang akan dibuat pada 12 Febuari 2011, iaitu pada hari Sabtu bertempat di Balai Budaya, DBPCS bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Panel-panel yang akan dijemput untuk berdiskusi tentang pementasan teater RD:LDH ini adalah dalam kalangan penggiat teater yang memang berpengalaman luas dalam bidang teater, antaranya ialah Dr. Nur Afifah Vanitha binti Abdullah (Pensyarah Unimas), Encik Ismail Hamdan (Pegawai Kebudayaan, JKKN Sarawak), Encik Ahmad Badwi Nerawi (Penggiat Teater Bangsawan), Encik Abdillah Untong (Pegawai Kebudayaan, KPSU Sarawak). Antara persoalan-persoalan yang akan disentuh sepanjang diskusi tersebut ialah mengenai kerelevanan naskah, vokal pelakon, Penataan (bunyi, cahaya, busana, pentas, set dan prop) dan juga aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pementasan teater RD:LDH.

Pada 26 Febuari 2011, pihak DBPCS akan menghantar satu kumpulan teater ke sibu untuk mementaskan skrip yang sama iaitu Rosli Dhoby: Luka Darul Hana. Sehubungan itu, salah satu persiapan yang terbaik sebelum pementasan ini diadakan ialah dengan mengadakan satu sesi diskusi. Pementasan teater Rosli Dhoby dipersetujui untuk dipentaskan semula pada 26 Febuari 2011 bertempat di Dewan SMB Methodist, Sibu. Pementasan akan bermula pada jam 8.00 malam. Orang ramai dialu-alukan untuk datang menyaksikan pementasan teater ini tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Sinopsis pementasan teater RD:LDH adalah mengisahkan hari-hari terakhir Rosli Dhoby ketika beliau berada di dalam penjara-sesungguhnya tidak banyak diketahui tentang keberanian Rosli Dhoby menikam Sir Duncan Stewart, dan apakah yang mendorong beliau untuk membunuh Gabenor Inggeris itu. Dan juga, tidak banyak yang diketahui tentang konflik yang dialami oleh Rosli Dhoby ketika di penjara pada saat terakhir kehidupan beliau. Apakah fundelmental dan signifikan perjuangan Rosli Dhoby? Kaum manakah yang dominan dalam perjuangan menentang penjajahan yang licik dan serakah itu? Siapakah kekasih Rosli Dhoby? Apakah yang dialami oleh Rosli Dhoby ketika di dalam penjara? Semua jawapan kepada persoalan tersebut terjawab di dalam pementasan teater Rosli Dhoby: Luka Darul Hana.

Antara barisan pelakon yang akan melakonkan naskah drama Rosli Dhoby:Luka Darul Hana di atas pentas nanti ialah Hasrul Mohamad sebagai Rosli Dhoby, Syazwani Abdul Hamid sebagai Hani, Kahar Jini sebagai Haji Zaidi, Zakaria Hasan sebagai Tuan Dawson, Ferrazzillah Haji Mohd sebagai Duncan Stewart dan Siti Hasrina Mohd Shamsuddin sebagai Puan Duncan.

Peran-Peran lain yang berperanan sebagai watak pembantu ialah Sabri Bujang, Mohd. Ghazali Jeman, Mohd. Khaider Khaldin, Malek Hassan, Hartini Adurahaman, Wezan Saili, Iswandy Suhaili, Ernie Doris Usin Abdullah, Kamarulizam Hassan, Norfazrie Isquandy Nurul Zailani Moshidi, Zulkefli Md. Jasin dan Marlia Afeeza binti. Razali.

Melalui teater kita dapat mengapresiasikan sendiri bagaimana keadaan sebenar yang dialami oleh pejuang-pejuang ini pada saat-saat perjuangan mereka. Kita mengharapkan supaya negara Malaysia terus aman dan masyarakat kita akan terus berpegang kuat dengan amalan 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri kita iaitu YAB. Dato’ Sri Najib Tun Razak. Andai kata, suatu hari nanti Bumi Kenyalang digegarkan semula oleh sesuatu kuasa asing yang cuba merosakan kepimpinan yang sedia ada, kita menyeru seluruh masyarakat Bumi Kenyalang supaya mempunyai roh seperti Rosli Dhoby iaitu mempunyai jiwa yang berani demi mempertahankan ibu pertiwi daripada jatuh ke tangan penjajah

Thursday, January 27, 2011

PERSEMBAHAN MALAM BAKAT

MINGGU SUAI MESRA 2010 : UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Seramai 152 orang pelajar baru Sekolah Pengajian Seni telah terlibat dalam menjayakan persembahan Malam Bakat Minggu Suai Mesra 2010. Persembahan pada malam tersebut ialah teater Muzikal bertajuk “ANTANOM 1915”. Sebuah persembahan teater yang mengisahkan perjuangan seorang Pahlawan Murut yang telah berjuang mempertahankan tanah peribumi kaum Murut daripada diambil oleh penjajah Inggeris.


Sesi latihan yang amat singkat


Persembahan yang mengambil masa 1 jam tersebut begitu memukau dan menghiburkan semua pelajar baru di Dewan Canselor. Walaupun baru saja menjejakkan kaki ke Universiti Malaysia Sabah namun bakat yang ditunjukkan oleh para Pelajar Tahun 1 ini begitu mengkagumkan.

Dr.Andika Aziz Husin (Pensyarah Modul Teater UMS) yang merupakan penyelaras kepada persembahan malam tersebut mengucapakan tahniah dan syabas kepada para Pelajar Tahun 1 kerana telah memberikan persembahan yang baik walaupun berlatih dalam masa yang sangat singkat.

Persembahan tersebut adalah pengenalan awal untuk para pelajar baru menjinakan diri dalam seni persembahan. Selepas tamat persembahan terpancar segala keceriaan dan kepuasan menandakan yang mereka memang meminati dunia seni.

MALAM PUISI RAYA 2010 : Sekolah Pengajian Seni

Sempena mengakhiri kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010, Para Pelajar Seni Kreatif (Penulisan Tahun 2) telah mengadakan aktivit “MALAM PUISI RAYA” yang telah diadakan pada 1 Oktober 2010.

Hadir serta pada malam tersebut adalah Prof. Hj Inon Shaharudin Abd. Rahman (Dekan Sekolah Pengajian Seni). Kehadiran beliau turut menyerikan acara dengan pengdeklamsian puisi oleh beliau. Pensyarah-pensyarah lain yang hadir ialah Pn. Hajijah Lamiri (Timb. Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar, Sekolah Pengajian Seni), En. Mohd Pu’ad Bebit dan En. Lokman Abd. Samd.

Semua yang hadir telah mendklamasikan puisi hasil karya mereka sendiri. Puisi-puisi yang dipersembahkan adalah bertemakan Hari Raya. Antara para pelajar yang berani menunjukan bakat ialah Jasman, Claire, Mohd. Izudin dan ramai lagi.

Malam tersebut juga bukan hanya diserikan dengan deklamasi puisi, malah bakat para pelajar dan pensyarah dalam nyanyian juga telah ditunjukkan pada malam tersebut. Semuanya hadir begitu terhibur dan ceria.

Wednesday, January 5, 2011

TARIAN DATUN JULUD

Tarian Datun Julud popular dalam kalangan masyarakat kayan / Kenyah yang mendiami pendalaman Bulungan, Kutai, Berau, dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Asal usul tarian Datun Julud ialah dipercayai dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan bernama Nyik Selong sebagai tanda kegembiraan serta rasa syukurnya kepada Maha Dewa kesyukuran atas kelahiran cucunya. Selepas peristiwa tersebut, tarian Datun Julud terus diminati dalam kalangan masyarakat sekitarnya dan terus berkembang ke kawasan daerah lain di Negeri Sarawak.

Bilangan kaum Kenyah sebelum abad ke – 20 dilaporkan terdiri daripada 23, 000 orang. Kaum kayan dan Kenyah yang tinggal di kawasan Kuala Sungai Long dan mempunyai perhubungan yang rapat antara satu dengan yang lain. Hal ini, menyebabkan kaum Kayan dan Kenyah mempunyai budaya yang sangat serupa. Contohnya, kedua –dua kaum ini sama-sama memperkenalkan tarian Datun Julud sehingga ke hari ini. Walaupun kaum Bahau hidup bersama namun mereka mempunyai bahasa ibunda yang berlainan. Dari segi ekonomi pula, kaum Bahau mengamalkan pertanian sara diri iaitu menanam padi bukit di lereng atau cerang hutan serta di kawasan sawah.

Dari segi asal usulnya pula, Orang Kenyah berasal dari Ulu Sungai Baram dan berpusat di daerah Long San. Orang Kayan pula penempatan asal mereka ialah di lembah Sungai sepajang Hulu Batang Baram, Usun Apau, Balui, Kawasan Tinjar, dan Ulu Batang Rajang.

Dipercayai orang Kayan dan Kenyah yang ada di Sarawak berasal dari keturunan Melayu dan juga dari keturunan Bugis dari Kepulauan Indonesia. Mereka suka menindik cuping telinga dan digantung dengan gelang timah atau tembaga yang berat supaya cuping telinga lanjut sampai ke bahu. Orang Kayan juga suka dan pandai bertukang besi untuk dijadikan alat keperluan harian seperti perkakas asas dan senjata. Contohnya alatan tersebut ialah parang, beliung, kapak dan banyak lagi.

Sekarang tarian Datun Julud, kebiasaannya dipersembahkan pada hari-hari kebesaran atau pun untuk meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang terutamanya pelancong luar negeri. Tarian ini boleh ditarikan berseorangan atau berkumpulan. kebiasaanya, tarian Datun Julud ini dipersembahkan pada waktu petang oleh sekumpulan wanita. Dalam kesempatan inilah, penari-penari wanita akan dinilai dari segi kecantikan dan kebolehan menari.

Gerak / Cara Persembahan

Seorang ketua biasanya lelaki akan berada di hadapan sekumpulan penari wanita dan beliau akan memulakan pergerakan yang akan diikuti oleh penari-penari yang lain. Pergerakan yang dicipta agak spontan, menyebabkan ia mengubah pergerakan kaki dan tangan pada bila-bila masa sahaja.

Jika persembahan yang dibuat di rumah panjang, kebiasaannya mereka menari mengelilingi ruai Ketua kampung dan kadang-kadang seluruh rumah panjang .Lama-kelamaan keadaan ini akan diikuti oleh orang ramai ataupun penonton yang ada pada masa terebut akan mengikut tarian tersebut dari belakang. Persembahan ini menjadi meriah kerana mereka akan bergelak ketawa apabila terjadi beberapa kesilapan yang dilakukan oleh penari dan berteriak untuk memberikan sokongan dan galakan.

Biasanya penari yang menarikan tarian Datun Julud akan mengikut alunan muzik pengiring iaitu Sape .Penari-penari hanya mengikut sahaja pergerakan ketuanya. Cara persembahan juga ialah dengan menghentakan kaki ke kiri dan ke kanan dan dan dan dan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan. Suku kaum Kenyah membuat persembahan ini amat mempersonakan penonton dengan gerakan badannya yang lemah gemalai, lenggokan badannya dan ayunan tangan yang disertakan dengan alat yang paling istimewa dan menarik iaitu bulu-bulu burung dipasang di celah-celah jari di kedua-dua belah tangan penari wanita seakan meniru burung-burung sedang berterbangan bebas. Langkah tarinya tertumpu kepada peralihan berat dari satu kaki seolah berjalan di atas bumi manakala gerakan lengan memberi satu kesan seperti terapung atau berterbangan di udara. Tarian ini juga digayakan dengan melekukan kaki kanan dan kaki kiri secara merendah dan berpusing lalu membuat suatu bentuk yang tersendiri.

Pakaian Tarian Datun Julud

Disebabkan tarian Datun Julud ini merupakan tarian untuk berhibur di rumah panjang, maka tiada pakaian khas digunakan. Tetapi sekiranya ada tetamu kenamaan atau untuk menyambut hari-hari perayaan beberapa corak pakaian tradisioal yang digunakan di antaranya ialah penutup kepala yang dihiasi manik dan bulu kambing. Baju dan sarung ( taah ) dihiasi dengan ukiran tradisi yang diperbuat daripada manik dan labuci. Penari wanita memakai baju berlengan pendek dan kain bermotif tradisi.

Pakaian tradisional yang pelbagai corak dan motif ini dibuat menggunakan tenunan tangan. Di tangan penari wanita pula memegang kipas yang diperbuat daripada bulu burung enggang. Dalam tarian ini juga bulu-bulu burung yang dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari wanita hanyalah sebagai perhiasan.

Penari lelaki pula selalunya membawa perisai “ Terabai” dan parang panjang “Ilang” semasa menari. Di kepala penari lelaki juga dihias dengan topi yang dilekatkaan dengan bulu burung Kenyalang. Baju yang digunakan penari lelaki juga kadang-kadang ialah baju yang diperbuat daripada kulit kayu Kemedu. Kulit kambing sunong juga digunakan untuk membuat baju penari lelaki.

Alat solek

Alat solekan muka yang digunakan oleh penari tarian Datun Juud ialah berbentuk “ Natural “ ataupun berbentuk realiti. Penari –penari gemar menggunakan solekan yang berbentuk natural begini kerana persembahan yang kebiasaannya dilakukan secara terbuka dan dekat dengan audien. Hal ini menampakan lagi kejelitaan penari wanitayang semulajadi.

ALAT Muzik

Alat muzik yang mengiringi tarian Datun Julud ini adalah Sape sahaja. Alat muzik Sape berbentuk seperti gambus panjang, badannya panjang, berbentuk hampir empat segi. Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga lute yang berleher pendek dan talinya dipetik. Sape juga diperbuat daripada sejenis kayu lembut, lazimnya 'meranti' dan Jokuvang. Badannya yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan sebagai ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering disebut Sebagai the boat lut oleh para sarjana dari Barat.

Sape begitu terkenal di kalangan suku kaum Kayan dan Kenyah kerana muzik ini merupakan muzik utama dalam menarikan tarian Datun Julud. Sape selalu dimainkan untuk muzik hiburan serta mengiringi tarian seperti Datun Julud dan Ngajat iaitu sejenis tarian pahlawan yang sering dikaitkan dengan head hunting mengikut
legenda kaum Dayak dan kini kepercayaan seperti ini telah tidak diamalkan lagi. Dalam tarian Datun Julud antara lagu yang sering dimainkan dengan muzik sape ialah lagu Sak Paku.

Cara bermain sape ialah dengan meletakannya diriba dan dipetik seperti bermain gitar iaitu dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan irama lagunya.

Melalui kajian ini, Tarian Datun Julud ini dapat dikenali dengan lebih dalam lagi serta potensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa amat sesuai kerana mempunyai keunikan dan keaslian yang berbeza serta tidak terdapat di negara lain. Jika diamati, Kita dapat melihat dengan jelas bahawa gerak laku tarian Datun julud ini memancarkan gerak laku penari wanita yang membawa perwatakan sopan santun. Buktinya ialah gerakan ayunan tangan penari wanita yang perlahan dan lembut penuh dengan gaya yang manja sesuai denag ciri sebagai gadis jelita sangat mempesonakan sesiapa sahaja yang melihat tarian ini dipersembahkan.
Bagi penari lelaki pula, menampakan perwatakan sebagai wira ataupun pahlawan yang berani. Mereka menari sambil memegang parang pajang seperti mahu menentang musuh. Motif perisai yang dibawa adalah sebagai pelindung semasa menyerang musuh. Kegagahan penari lelaki dapat kita nilai apabila dia menari keseorangn dan bermaksud dia mampu menjaga wanita ataupun kaumnya pada masa dahulu apabila musuh datang menyerang kaum mereka.

Dari segi pakaian pula, corak dan motif yang pelbagai telah digunakan amat sepadan dengan langkah tarian. Hal ini menunjukan kaum Kayan / Kenyah pada masa dahulu mempunyai pemikiran yang sangat bijak dalam memilih corak dan motif yang digunakan untuk tarian Datun Julud ini.

Akhir kata, Semoga tarian Datun Julud ini dapat terus berkembang dan seandainya ada kekurangan dari segi pola lantai maka generasi sekaranglah yang perlu bertanggunjawab membaiki serta belajar bagaimana untuk menempatkan tarian ini sebaris dengan tarian-tarian sudah lama popular seperti Tarian Joget, Tarian Zapin, Tarian Ngajat dan lain-lain.

TEATER ZAMAN ROM

Kebudayaan Greek telah berkembang di beberapa bahagian Negara Semenanjung Itali sebelum Zaman Kegemilangan Kebudayaan Drama Athen. Mereka lebih berminat terhadap kesusasteraan dan kesenian dan Berjaya dalam bidang tersebut berbanding dengan kerjaya dalam bidang praktikal. Masyarakat ini mempunyai kelebihan dalam mengadaptasikan idea-idea daripada kebudayaan yang sedia ada dan mengubahnya kepada budaya yang sesuai dengan Roman.

Semasa Iskandar Zulkarnain membina empayar Greek, budaya Roman mula bercampur-aduk dan apabila empayar Iskandar Zulkarnain mula berpecah, Rome berpindah ke daerah sebelah kiri di Barat. Teater dan drama mula wujud pada 240 s.m di republik Rome.Masalah utama pengajian teater Rome adalah mereka mempunyai pengetahuan mengenai pementasan tetapi kurang mendalami teater kerana teater diperbuat dengan kayu dan tidak tahan lama dan apabila mereka mendalami ilmu teater, mereka kurang berpengetahuan mengenai pementasan.

Walau bagaimana pun Rom terkenal dengan pencapaian praktikalnya seperti undang-undang,kejuruteraan dan ketenteraan.pencapaian tersebut lebih bersifat realistic daripada Greece. Di sebalik pemikiran mereka yang tinggi,Rom lebih berfokuskan kepada komedi dan hiburan popular yang lain yang mana standing dengan filem,rancangan televisyen dan konsert-konsert yang ada pada hari ini.

PERBEZAAN TEATER ROM DAN GREEK

Konteks teater Rom menyerupai teater Greek dalam pelbagai aspek namun masih terdapat perbezaannya. Rom sebenarnya amat berminat terhadap peningalan kebudayaan Greek yang dianggap sebagai kazanah negara. Antara aspek yang membezakan teater Rom dengan teater Greek, teater Rom bertujuan untuk perayaan keagamaan dan hiburan semata-mata. Dimana adanya pertunjukan binatang yang telah mahir dilatih oleh manusia, perlawanan antara binatang dengan binatang, manusia dengan manusia dengan mengunakan kuda, tinju profisional dan juga perlawanan antara binatang dengan manusia, berlaku banyak kekejaman dan pertumpahan darah. Berbeza dengan teater Greek tujuannya lebih kepada atau festivel keagamaan dilakukan khusus untuk memuja Tuhan Dionysus.

Selain itu cara persembahan juga berbeza teater Rom dengan teater Greek. Walaupun teater Rom berasaskan daripada pengaruh Greek tetapi teater Rom mengutamakan sentuhan asli dimana iaitu berkisar tentang kebudayaan dan nilai hidup mereka seharian. Teater Greek hanya lebih kepada persembahan keagamaan.
Dari aspek pentas, pentas yang digunakan oleh Rom mempunyai ruang atau halaman orkestra separuh bulatan mempunyai latar belakang pentas yang baik dan cantik bumbung di bina di atas pentas dan tempat duduk penonton bersambung dengan pentas. Rom juga pertunjukan perlawanan di laut, tasik sebagai pentas. contohnya di timur tengah tasik Fucine Rom. penggunaan pentas bagi Greek berbeza dengan Rom dimana bulatan orkestra adalah penuh dan berhadapan dengan penonton.

Latar belakang pentas dibina daripada kayu dan tidak mempunyai bumbung. Tempat duduk penonton juga tidak bersambungan dengan pentas.Drama tragedi lebih kepada cara komander memainkan lakonan berakhir dengan kematian, seorang bangsawan yang menghadapi kesusahan,watak hero yang menghadapi pertempuran menuntut pembebasan dan ada unsur pengadilan dari Tuhan. Drama tragedi di Rom menitikberatkan soal kekejaman dimana pertarungan menentukan hidup atau mati mengunakan alat-alat tajam tikam-menikam antara satu dengan yang lain dan ada yang membunuh diri. Contohnya pertarungan Gladator. Drama tragedi di Greek tidak melibatkan kekejaman seperti mana yang berlaku di Rom.

Selain itu Rom dan juga Greek masing-masing mempunyai drama berbentuk komedi, menurut Aristotel komedi ialah diambil daripada drama yang mempunyai persoalan asas kebangsaan dan menimbulkan perasaan ketawa kepada penonton. komedi di Rom peranan korus dihalang tetapi iringan muzik telah banyak ditambah seperti seruling. Komedi di Greek pula peranan korus digunakan, memerlukan empat puluh dua orang korus. Sebenarnya komedi di Rom diambil daripada komedi Greek telah disesuaikan dan di modenkan di Rom menjadikan drama komedi terus kekal. Rom telah mensesuaikan muzik dan adanya tayangan dipertunjukan. Komedi Rom juga tidak menyentu tentang isu-isu dan isu politik tetapi berkaitan dengan kehidupan seharian di dalam rumah tangga dan kehidupan tempatan. Jalinan cerita atau plot dan motive adalah kabur dan sukar untuk difahami oleh ponunton. watak komedi yang terkenal ialah “clever slave” dimana ia merupakan orang yang merancang dan pemimpin kumpulan dalam menghadapi kesulitan. Jarang sekali wanita di atas pentas, untuk penglibatan wanita adalah sangat sedikit. Drama komedi Rom yang popiler ialah The Menaechim yang ditulis oleh Titus Maccius Plautus.

Teater Rom pelakonnya mengunakan topeng supaya kelihatan jelas dan topeng yang digunakan dapat menghasilkan suara yang kuat di bahagian mulut. Begitu juga Greek mengunakan topeng, reaksi ekspresi muka topeng mengembarkan watak yang baik dan sebaliknya. Selain itu, pada zaman plautus Terence suda ada kompeni atau syarikat teater yang berfungsi sebagai mempermudahkan persembahan dilakukan dan bertanggungjawab mencari skrip, menyediakan pelakon,kostum, muzik dan sebagainya. Setiap syarikat akan diberi bayaran dan imbuhan kepada produksi yang mendapat sambutan yang ramai. Hal ini bahawa kerajaan Rom membantu membiayai kegiatan aktiviti teater. Teater di ilhamkan oleh ROM dari Greek ketika Rom menakluki Greek 100 tahun kemudian gaya seni Greek diubah suai dan diseseuaikan yang mana ianya dapat mencerminkan nilai bubaya Rom.

CIRI-CIRI TEATER ROM


Terdapat dua konsep penting yang popular pada zaman kegemilangan teater Rom. Pada zaman teater Rom, watak-watak pada masa itu berusaha menghidupakan konsep tragedi dan konsep komedi untuk menarik perhatian penonton. Ciri ini jelas membuktikan yang teater pada zaman Rom sangat berbeza dengan zaman Greek kerana tiada unsur ketuhanan dan dilihat lebih kepada hiburan dan mengubah pemikiran penonton supaya menerima perubahan peredaran zaman. Konsep tragedi adalah berperanan penting supaya jiwa audien terpengaruh dengan dengan ‘ending’ yang dipersembahakan dalam teater .

Ciri teater zaman Rom seterusnya ialah dipersembahkan dengan gaya semulajadi, mudah dan secara langsung di atas pentas. Penonton yang menyaksikan persembahan ini sangat terpesona kerana gayanya bagaikan ‘natural’ ataupun betul-betul berlaku pada masa tersebut.

Kebanyakan tema-tema teater pada zaman Rom ialah banyak berhubungkait dengan nilai dan budaya masyarakat Rom sendiri. Contohnya, peperangan yang pernah terjadi pada masyarakat Rom mendorong mereka mempersembahkan teater yang berunsurkan kekejaman dan berlaku pembunuhan diri. Teater ini terdapat pada teater tragedi Seneca. Ciri tragedi ini juga banyak menunjukkan konfik yang berlaku antara wira dengan musuh. Dari segi komedinya pula teater zaman Rom mewujudkan peranan chorus dihilangkan disertakan dengan alunan muzik berunsurkan kesedihan.

Dari segi seni bina tempat persembahan teater zaman Rom ialah mempunyai pentas yang ditutupi dengan bumbung untuk melindungi penonton daripada hujan dan panas. Dalam teater ini juga menunjukan kemahiran tamadun Rom pada masa itu yang berjaya membuat satu sistem penghawa dingin udara yang tradisional dan mempunyai kipas yang besar. Tempat duduk penonton yang menyaksikan persembahan ini pula telah dibina masyarakat pada zaman tersebut secara menaik seperti stadium. Hal ini, memudahkan penonton melihat dengan jelas setiap gerak dan cara lakonan watak-watak yang membuat persembahan tragedi dan komedi. Bagi golongan elit pula, mereka disediakan tempat duduk khas iaitu duduk berhampiran dengan okestra ataupun ruang khas yang dibina di atas pentas. Kedudukan mereka ini dapat menunjukan status mereka lebih tinggi dan disediakan tempat yang istimewa untuk melihat persembahan teater .

Kostium dan topeng yang digunakan oleh pelakon-pelakon pada zaman Rom tidak jauh bezanya dengan zaman Greek. Pada zaman Rom, pemakaian topeng juga masih digunakan. Aksesori terakhir yang digunakan pelakon untuk membuat persembahan ialah mereka menggunakan kasut tinggi. Selain itu, teater pada zaman Rom juga amat mementingkan nilai seni binanya. Contohnya, mereka mampu mencipta sistem saliran yang begitu canggih. Mereka mampu membuat suasana perperangan dilaut yang sebenar.

TOKOH-TOKOH TEATER ZAMAN ROM

1. TITUS MACCIUS PLAUTUS (PLAUTUS)


Plautus merupakan salah seorang pelukis komik yang terkenal pada zamannya. Beliau lahir pada tahun 254 S.M dan meninggal dunia pada tahun 184 S.M. Menurut salah seorang daripada pengkritik Rom iaitu Cicero, Plautus merupakan seorang yang berbudi bahasa, berbakat besar dan merupakan seorang yang periang dan kelakar. Kebanyakkan skrip yang dihasilkan oleh beliau, hanyalah bertujuan untuk menghiburkan penduduk Rom seperti karya beliau yang bertajuk Pantomim. Pantomim amat diminati oleh penduduk Rom. Pada zaman moden, banyak karya beliau telah diadaptasi dan menjadi sangat popular. Karya beliau berhubung kait dengan nyanyian dan tarian yang digabungkan dengan perwatakan dan plot dari Greek New Comedy. Karya komedi yang beliau hasilkan tidak menggunakan chorus dan tidak membincangkan tentang politik sezaman atau isu sosial (sama seperti Greek New Comedy). Beliau banyak menghasilkan karya yang bertemakan kisah cinta yang penuh dengan penderitaan. Dalam pertunjukan skrip beliau juga menyerupai musik komedi moden kerana ia mempunyai dialog yang sangat baik ketika dinyanyikan. Plautus telah menghasilkan lebih lebih daripada 100 buah karya yang mendapat pengiktirafan tetapi hanya 45 daripadanya sahaja yang dapat diselamatkan. Antara contoh-contoh karya beliau ialah The Braggart Worrior, Pot of Gold, Pseudolus, The Captives, dan The Menaechmi. Dalam semua skrip yang telah beliau hasilkan, sejumlah 20 masih wujud dan digunakan sebagai contoh oleh penulis drama dari Renaissance.

2. PUBLIUS TERENTIUS AFER (TERENCE)

Selepas Plautus, penulis komik yang penting ialah Terence. Terence telah lahir pada tahun 185 S.M dan meninggal dunia pada tahun 159 S.M. Kehidupan Terence tidak sama dengan Plautus kerana Terence mempunyai kehidupan yang penuh dramatis. Beliau dilahirkan di Carthage dan dibawa ke Rom sebagai hamba abdi. Melalui namanya amat jelas beliau merupakan orang Afrika berkulit hitam. Walaupun menempuh hidup yang sukar, Terence ternyata mempunyai bakat dan kelebihan yang tersendiri. Bakat beliau dalam penulisan drama menyebabkan beliau mampu menjadi salah seorang penulis drama dalam teater Barat. Karya Terence lebih menerangkan tentang gambaran sifat atau perwatakan, manakala bahasa dan dialog yang beliau gunakan juga lebih tersusun dan berhati-hati. Beliau pernah dituduh menciplak komedi Greek. Beliau tidak menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan bahawa beliau akan terus melakukan pekara tersebut lagi. Sebenarnya, mengadaptasi komedi Greek sudah menjadi kebiasaan kepada kepada penulis yang lain termasuklah Plautus. Hal ini juga menjadi kebiasaan Terence iaitu dengan menggabungkan elemen plot dari dua skrip Greek dan kemudiannya menghasilkan satu karya yang baru. Karya Terence menunjukan bahawa komedinya mengandungi sifat lucu yang tidak ketara. Plotnya juga dibentuk lebih berhati-hati daripada Plautus. Beliau biasanya menggunakan dua plot, menempatkan dua perwatakan dalam situasi romantik yang sama dan reaksi mereka yang berbeza. Plot drama yang dihasilkan oleh Terence adalah lebih rumit berbanding plot yang dihasilkan oleh Plautus kerana gaya yang digunakan adalah agak berbeza iaitu melebihkan kesusateraan dan mengurangkan unsur tokok tambah. Antara karya Terence yang terkenal ialah Andria, Mother-in-Law, Self-Tormentor, Eunuch, Phormio dan The Brothers.

3.LUCIUS ANNAEUS SENECA (SENECA)

Seneca dilahirkan pada tahun 4 S.M dan meninggal dunia pada tahun 65 S.M. Beliau merupakan seorang ketua penulis drama tragedy Rom. Walaupun tiada bukti yang mutlak mengenai identitinya, namun beliau pernah berkhidmat sebagai tutor kepada pemerintah Nero. Sebagai penulis, beliau merupakan seorang yang tabah dan bersedahana dalam berfalsafah dan tenang menerima apa juga yang berlaku. Beliau dilahirkan di Cordova, Sepanyol dan kemudiannya dihantar ke Rom pada usianya yang masih muda. Beliau menerokai falsafah nombor termasuk asas dalam vegetarian sebelum bemulanya penulisan dan kerjayanya dalam bidang politik. Sembilan skrip telah dihasilkan oleh Seneca ialah The Trojan Women, Medea, Oedipus, Phaedra, Thyestes, Hercules on Oeta, The Mad Hercules, The Phoenician Women dan Agamemon. Agamemon merupakan contoh Roman tragedy yang terus wujud dan masih kekal hingga ke hari ini. Semua skrip yang beliau hasilkan adalah berasaskan kepada mitos Greek. Skrip dan plot beliau mempunyi persamaan dengan Greek serta menggunakan chorus. Tetapi tragedi yang beliau hasilkan agak berbeza sedikit. Chorus yang beliau gunakan tidak perlu kepada aksi yang dramatik seperti penulis drama Greek. Beliau lebih menitikberatkan sesuatu yang menunjukan kekejaman ketika menikam, peperangan, dan bunuh diri kerana beliau mementingkan kekuatan emosi pelakon. Skripnya juga dilihat sebagai karya yang sangat melodramatik. Namun, perkembangan drama tragedi di Itali, Perancis, England, dan German telah menyebabkan drama Seneca tidak lagi dipersembahkan.

4.QUINTUS HORATIUS FLACCUS (HORACE)

Horace juga merupakan salah seorang tokoh drama Rom yang terkenal. Beliau lahir pada tahun 65 S.M dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 8 S.M. Beliau merupakan seorang penyajak. Beliau sangat terkenal dengan lirik sajaknya iaitu The Satires dan The Epodes serta Ars Poetica ( The Art of Poetry ). The Art of Poetry berkaitan dengan piawaian dan prosedur yang harus dipatuhi dalam penulisan sajak dengan komedi dan tragedy dijadikan sebagai rujukan khas. Horace dilahirkan di Venusia. Beliau ke Rom sewaktu pemerintahan Augustus dan mendapat sebuah tempat perlindungan tentera kerajaan dan di situlah beliau mula menulis dan menghasilkan karya. Beliau juga menggunakan bahasa yang sesuai untuk menarik perhatian golongan pemerintah. Karya beliau lebih menitikberatkan ketertipan Renaissance. Pada asasnya ketertipan ini bermaksud bahasa dan aksi perwatakannyamestilah ideal dan sifatnya bersesuaian dengan umur, jantina, status sosial, dan tahap emosi. Beliau mahukan supaya penulis lain mengelakan perasaan yang melampau dan berusaha untuk menghasilkan karya yang bersifat benar. Sebarang pekara yang terlalu menyakitkan hati atau menakjubkan ( fantastikal ) harus disimpan di belakang.

KEJATUHAN DAN KEMEROSOTAN TEATER ROM

Penyebaran agama Kristian ke dalam empayar Rom, merupakan unsur penting yang menyebabkan kejatuhan Teater zaman Rom. Teater pada zaman Rom lebih bersifat pemujaaan kepada dewa-dewi, berbeza dengan ajaran Kristian yang mempunyai prinsip Keesaan Tuhan dan lebih kepada konsep kerohanaian. Golongan gereja juga tidak mengiktiraf teater Rom terutamanya persembahan yang melibatkan unsur seks, keganasan dan pertumpahan darah seperti pertandingan Gladiator, petarungan binatang, pertandingan pertempuran laut dan perlumbaan kereta kuda. Persembahan ini disebut sebagai Mime atau hiburan parateatrikal Rome. Apabila Empayar Rom mengalami kejatuhan, Golongan Gereja semakin berkuasa dan telah melupuskan kebanyakan aktiviti-aktiviti teater yang berbentuk keganasan dan berunsur seks berkenaan.
Kejatuhan Empayar Rom turut menjadi faktor penting yang menyebabkan kejatuhan teater Rom. Empayar Rom menjadi terlalu besar dan sukar ditadbir secara efektif. Pentadbirannya terbahagi kepada pentadbiran timur dan barat. Bahagian Barat menjadikan Rom sebagai pusat pentadbiran manaka dibahagian Timur diwujudkan sebuah Bandar baru iaitu Constantinople, yang ditadbir oleh Maharaja Constantine. Apabila Maharaja Constantine berpindah ke Constantinople, ramai penduduk Rom berpindah mengikutinya dan Constantinople berkembang pesat dan maju manakala Rom semakin merosot pengaruhnya. Hal ini memberi impak terhadap teater Rom yang semakin tidak mendapat sambutan dan kekurangan audiens, malah ada dramatis-dramatis dan Kompeni-Kompeni teater yang berpindah ke Constantinople sekaligus menyebabkan kekurangan produksi yang dipersembahkan di Rom. Kerajaan Rom juga mengurangkan pembiayaan kepada produksi-produksi teater serta mengurangkan penganjuran festival-festival yang berkaitan bagi menstabilkan ekonomi Rom. Ini menyebabkan Dramatis-dramatis dan kompeni-kompeni teater ini menjadi kurang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang di anjurkan kerajaan Rom dan berpindah ke bahagian timur iaitu Constantinople yang semakin berkembang maju.
Pada pertengahan abad ke-6,Empayar Rom di Barat semakin merosot dan tidak tersusun. Rom di bahagian Roman barat telah dikuasai oleh golongan gereja Kristian. Pihak Gereja tidak menggalakkan persembahan teater, maka kesannya ialah berakhirnya aktivit-aktiviti teater secara terurus dan formal di Roman Barat.Ironinya,di zaman medieval golongan gereja telah mempergunakan teater sebagai salah satu media untuk menyebarkan agama Kristian.
Dengan keruntuhan empayar Rom, teater Rom turut menghilang mengikutinya. Namun ianya kembali semula pada zaman Renaissance, dimana para cendekiawan pada zaman itu telah mengkaji dan mempelajari teori dan persembahan teater pada zaman Rom sekaligus memastikan legasi Rom dalam pentas teater dunia.