Wednesday, July 21, 2010

Sayembara Penulisan Puisi


KOTA KINABALU : Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, (HEPA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara julung kalinya telah menganjurkan Sayembara Penulisan Puisi 2010. Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua ketegori iaitu Terbuka dan juga Kategori Sekolah Menengah. Pertandingan tersebut telah bermula pada 1 Januari hingga Febuari 2010 yang lau.

Objektif bagi program tersebut dianjurkan adalah bertujuan untuk menggalakkan penulisan puisi yang bersifat keilmuan dan juga bagi mengangkat ilmu di arena gedung menuntut ilmu.

Selain itu juga, ianya bertujuan dalam mengabadikan UMS melalui penulisan puisi atau sajak agar gedung menuntut ilmu ini sentiasa menjadi tumpuan masyarakat umum di samping sebagai salah satu medan penulis-penulis di Malaysia umumnya dan Sabah khususnya mengilap bakat dan menyumbang ke arah pembanggunan dan penciptaan puisi yang bermutu.

Seterusnya melahirkan para pengjarya seni khususnya dalam bidang penghasilan puisi dan sajak dan menambahkan lagi produk penerbitan puisi yang khusus di dalam UMS.

Tema bagi Sayembara Penulisan Puisi (SAJAK) 2010 pada pertandingan tersebut adalah "UMS Tonggak Ilmu"

Dalam Sayembara Penulisan Puisi (SAJAK) 2010 tersebut. Bagi Kategori terbuka Johan adalah Cik Rafidah Binti Iskandar dengan tajuk puisi beliau "UMS TONGGAK ILMU". NAib Johan pula ialah Encik Sabih Desemin dengan puisinya bertajuk UMS TUNGGAK KEJAYAAN) dan tempat yang ketiga ialah Puan Zaiton Mohamad dengan tajuk puisinya "UMS MERCU TANDA KEMEGAHAN PERIBUMI".

Bagi Sayembara penulisan Puisi (SAJAK) kategori Sekolah Menengah pula, Johan disandang oleh Saudari Rabia Aisah Binti Mazlan dengan puisinya bertajuk "DI SINI". Tempat yang kedua pula disandang oleh saudari Siti Rubaiyah Bte Mazlan dengan tajuk puisinya "SUARA HARAPAN". Tempat yang ketiga disandang oleh Saudara Dino Alfred Silval dengan tajuk puisinya "UMS!UMS!UMS!.

Kesemua pemenang dan peserta telah dipanggil untuk mengahadiri Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan Puisi (SAJAK) pada 22 Julai 2010 bertempat di Anjung Siswa Square, HEP, UMS pada jam 8.00 pagi.


Dalam Majlis Penyampaian Hadiah tersebut Yang Berbahgia Profesor Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur yang merupakan Timbalan Naib Canselor HEPA berkata dalam ucapannya. Beliau sangat menyokong dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana. Sayembara tersebut telah berjaya mencungkil dan mengetengahkan bakat untuk mahasiswa dan mahasiswi dan juga masyarakat luar kampus yang mempunyai bakat dalam menulis puisi. Sayembara itu juga telah menyediakan ruang dan peluang untuk pengkarya-pengkarya membuktikan kebolehan dan juga mengukur nilai hasil karya mereka.

Beliau juga menyatakan puisi merupakan salah satu genre sastera yang penting untuk kehidupan dimana mampu untuk memperkembangkan pemajuan minda masayarakat. Faedah puisi juga menurut Prof. Madya Dr. Hj. Kasim adalah mampu menyemarakkan semangat patriotisme pelajar dan masayrakat kepada UMS.

Tidak ketinggalan dalam Majlis berkenaan juga, Wakil Panel Hakim Pertandingan iaitu Prof. Madya Hj. Inon Shaharudin. Beliau mengulas mengenai puisi-puisi yang dihantar oleh para peserta. Menurut beliau bukannya mudah menilai sesebuah puisi kerana untuk mengetahui pemenang yang layak para panel hakim perlu mengdeklamasikan puisi tersebut bagi mendapatkan semangat sebagaimana kehendak jiwa penulis.

Beliau juga menerangkan sedikit perkataan Sayembara yang digunakan untuk pertandingan tersebut adalah tepat dimana sayembara bermaksud satu pertandingan yang sengit. Hal ini berkesinambungan daripada cerita dalam Hikayat Seri Rama. Dimana dalam cerita tersebut Seri Rama terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain bagi mendaptkan Seri Dewi. Mereka dikehendaki memanah sebatang pokok sejauh tujuh depa dan akhir Seri Rama berjaya memikat hati Seri Dewi apabila anak panah beliau berjaya menembusi pokok tersebut.

Menurut Prof. Madya Hj.Inon juga untuk melayakkan seseorang pengkarya menjadi pemenang dalam pertandingan mencipta puisi bagi Sayembara tersebut. Karya mereka haruslah menepati tema dan juga penggunaan diksi yang tepat. Dalam ulasan terakhirnya beliau menyatakan bahawa semua puisi yang dihantar sememangnya mempunyai mutu yang tinggi dan juga layak untuk diterbitkan untuk tatapan dan juga untuk dihayati seluruh lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment