Tuesday, July 20, 2010

Ziarah Seni Pengerat Hubungan


KOTA KINABALU:18 JULAI 2009. Universiti Malaysia Sabah( UMS) telah menerima kunjungan istimewa daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTEM) sempena dengan Program Ziarah Seni dan Perkongsian Budaya UTEM-UMS 2009 yang diadakan di Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni,UMS. Semasa mengalukan kedatangan rombongan pihak UTEM, penyelaras program iaitu Dr. Andika Aziz Hussin mengatakan bahawa program tersebut telah mencipta rekod baru kerana program seperti ini adalah yang julung-julung kali diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara dua buah universiti yang jauh terpisah oleh laut China selatan.

Kedatangan pelajar UTEM yang seramai 17 orang pelajar dan 4 orang pegawai sempena program ziarah seni ini tidak datang dengan tangan kosong. Malah telah mempersembahkan beberapa buah tarian yang popular di Melaka seperti tarian Dondang Sayang, Nona Manis, dan Joget Melaka. Persembahan pelajar UTEM pada malam itu sangat memuaskan penonton yang hadir. Manakala kelab Artis Tari Universiti Malaysia Sabah (ARTUMS) pula yang mewakili UMS telah menyajikan pelawat dari UTEM dengan tari Sambut Tamu yang merupakan tari kreatif yang diolah mencerminkan pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia dan dipersembahkan sebagai acara pembuka panggung bagi sesuatu majlis.

Selepas itu ARTUMS mempersembahkan Tarian Sazau Papar atau Sumazau yang merupakan tarian asli suku kaum kadazan yang terdapat di Daerah Papar di negeri Sabah. Ianya adalah tarian yang dipusakai sejak berzaman-zaman lagi. Tarian ini ditarikan di dalam tiga jenis upacara seperti: Madsuwau, Menogit atau Balai Badat dan Gumazad. Pada masa kini ianya ditarikan dihari keramaian seperti Pesta Keamatan, hari perkhawinan dan menyambut ketibaan orang-orang kenamaan.

ARTUMS juga telah mempersembahkan tarian Nona mansaya atau lebih dikenali dengan tarian Dansa adalah tarian asli suku kaum Kokos yang terdapat di daerah Pantai Timur negeri Sabah. Perkataan kokos atau cocos Island adalah berasal dari perkataan Coconut Island yang bererti Pulau Kelapa.

Tarian terakhir yang dipersembahkan oleh ARTUMS sebagai pengalaman pelawat ialah tarian Daling-Daling. Perkataan Daling-Daling atau sayang-sayang adalah perkataan yang diambil dari perkataan bahasa Inggeris iaitu Darling. Tarian ini popular dalam kalangan masyarakat Suluk di daerah Semporna yang ditarikan sempena majlis perkhawinan, berkhatan dan majlis perayaan. Tarian ini mengandungi elemen-elemen bebalas pantun antara penari lelaki dan perempuan.

Setiap persembahan tarian diserikan lagi dengan persembahan nyayian oleh pelajar dari UTEM iaitu Emeline, Sharizal dan....Manakala pelajar UMS yang terdiri dari pelajar sekolah pengajian seni sendiri iaitu Melly Matius, Siti Nurhafifa dan Ann Sevelan. Sememangnya pelajar-pelajar dari UTEM dan UMS menyimpan bakat-bakat yang mampu diketangahkan ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang seni nyanyian.

Satu perkara yang amat berguna untuk dibawa pulang oleh pelajar dari UTEM melalui program ziarah seni ini ialah para pelajar dapat bertukar-tukar ilmu pengetahuan serta mengenali kepelbagaian kebudayaan yang ada di negeri Sabah. Secara tidak langsung program ziarah seni tersebut telah menyebabkan dua budaya, dua adat iaitu dari Melaka dan Sabah disatukan bagi menyahut saranan Perdana Menteri yang menginginkan konsep “ Satu Malaysia”. Hal ini merupakan apa yang dinyatakan oleh Encik Zainal Bin Bidin iaitu Ketua Pendaftar UTEM selaku ketua pegawai Program ziarah seni UTEM dalam ucapannya kepada semua hadirin yang datang pada malam tersebut. Menurut beliau lagi negeri Sabah merupakan platform terbaik kerana telah dicap oleh Perdana Menteri sebagai contoh terbaik melaksanakan konsep Satu Malaysia. Beliau juga berbesar hati menjemput UMS pula membalas kunjungan ke Melaka untuk menyksikan sekali lagi persembahan kebudayaan yang terdapat di negeri kelahiran Hang Tuah itu kerana melalui progaram seperti itu merupakan tempat untuk anak seni berpeluang menyelahkan bakat mereka dalam bidang seni persembahan pentas.

No comments:

Post a Comment