Tarian Datun Julud popular dalam kalangan masyarakat kayan / Kenyah yang mendiami pendalaman Bulungan, Kutai, Berau, dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara Sarawak dan Kalimantan Timur. Asal usul tarian Datun Julud ialah dipercayai dicipta oleh seorang raja suku Dayak Kenyah di Apo Kayan bernama Nyik Selong sebagai tanda kegembiraan serta rasa syukurnya kepada Maha Dewa kesyukuran atas kelahiran cucunya. Selepas peristiwa tersebut, tarian Datun Julud terus diminati dalam kalangan masyarakat sekitarnya dan terus berkembang ke kawasan daerah lain di Negeri Sarawak.
Bilangan kaum Kenyah sebelum abad ke – 20 dilaporkan terdiri daripada 23, 000 orang. Kaum kayan dan Kenyah yang tinggal di kawasan Kuala Sungai Long dan mempunyai perhubungan yang rapat antara satu dengan yang lain. Hal ini, menyebabkan kaum Kayan dan Kenyah mempunyai budaya yang sangat serupa. Contohnya, kedua –dua kaum ini sama-sama memperkenalkan tarian Datun Julud sehingga ke hari ini. Walaupun kaum Bahau hidup bersama namun mereka mempunyai bahasa ibunda yang berlainan. Dari segi ekonomi pula, kaum Bahau mengamalkan pertanian sara diri iaitu menanam padi bukit di lereng atau cerang hutan serta di kawasan sawah.
Dari segi asal usulnya pula, Orang Kenyah berasal dari Ulu Sungai Baram dan berpusat di daerah Long San. Orang Kayan pula penempatan asal mereka ialah di lembah Sungai sepajang Hulu Batang Baram, Usun Apau, Balui, Kawasan Tinjar, dan Ulu Batang Rajang.
Dipercayai orang Kayan dan Kenyah yang ada di Sarawak berasal dari keturunan Melayu dan juga dari keturunan Bugis dari Kepulauan Indonesia. Mereka suka menindik cuping telinga dan digantung dengan gelang timah atau tembaga yang berat supaya cuping telinga lanjut sampai ke bahu. Orang Kayan juga suka dan pandai bertukang besi untuk dijadikan alat keperluan harian seperti perkakas asas dan senjata. Contohnya alatan tersebut ialah parang, beliung, kapak dan banyak lagi.
Sekarang tarian Datun Julud, kebiasaannya dipersembahkan pada hari-hari kebesaran atau pun untuk meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang terutamanya pelancong luar negeri. Tarian ini boleh ditarikan berseorangan atau berkumpulan. kebiasaanya, tarian Datun Julud ini dipersembahkan pada waktu petang oleh sekumpulan wanita. Dalam kesempatan inilah, penari-penari wanita akan dinilai dari segi kecantikan dan kebolehan menari.
Gerak / Cara Persembahan
Seorang ketua biasanya lelaki akan berada di hadapan sekumpulan penari wanita dan beliau akan memulakan pergerakan yang akan diikuti oleh penari-penari yang lain. Pergerakan yang dicipta agak spontan, menyebabkan ia mengubah pergerakan kaki dan tangan pada bila-bila masa sahaja.
Jika persembahan yang dibuat di rumah panjang, kebiasaannya mereka menari mengelilingi ruai Ketua kampung dan kadang-kadang seluruh rumah panjang .Lama-kelamaan keadaan ini akan diikuti oleh orang ramai ataupun penonton yang ada pada masa terebut akan mengikut tarian tersebut dari belakang. Persembahan ini menjadi meriah kerana mereka akan bergelak ketawa apabila terjadi beberapa kesilapan yang dilakukan oleh penari dan berteriak untuk memberikan sokongan dan galakan.
Biasanya penari yang menarikan tarian Datun Julud akan mengikut alunan muzik pengiring iaitu Sape .Penari-penari hanya mengikut sahaja pergerakan ketuanya. Cara persembahan juga ialah dengan menghentakan kaki ke kiri dan ke kanan dan dan dan dan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan. Suku kaum Kenyah membuat persembahan ini amat mempersonakan penonton dengan gerakan badannya yang lemah gemalai, lenggokan badannya dan ayunan tangan yang disertakan dengan alat yang paling istimewa dan menarik iaitu bulu-bulu burung dipasang di celah-celah jari di kedua-dua belah tangan penari wanita seakan meniru burung-burung sedang berterbangan bebas. Langkah tarinya tertumpu kepada peralihan berat dari satu kaki seolah berjalan di atas bumi manakala gerakan lengan memberi satu kesan seperti terapung atau berterbangan di udara. Tarian ini juga digayakan dengan melekukan kaki kanan dan kaki kiri secara merendah dan berpusing lalu membuat suatu bentuk yang tersendiri.
Pakaian Tarian Datun Julud
Disebabkan tarian Datun Julud ini merupakan tarian untuk berhibur di rumah panjang, maka tiada pakaian khas digunakan. Tetapi sekiranya ada tetamu kenamaan atau untuk menyambut hari-hari perayaan beberapa corak pakaian tradisioal yang digunakan di antaranya ialah penutup kepala yang dihiasi manik dan bulu kambing. Baju dan sarung ( taah ) dihiasi dengan ukiran tradisi yang diperbuat daripada manik dan labuci. Penari wanita memakai baju berlengan pendek dan kain bermotif tradisi.
Pakaian tradisional yang pelbagai corak dan motif ini dibuat menggunakan tenunan tangan. Di tangan penari wanita pula memegang kipas yang diperbuat daripada bulu burung enggang. Dalam tarian ini juga bulu-bulu burung yang dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari wanita hanyalah sebagai perhiasan.
Penari lelaki pula selalunya membawa perisai “ Terabai” dan parang panjang “Ilang” semasa menari. Di kepala penari lelaki juga dihias dengan topi yang dilekatkaan dengan bulu burung Kenyalang. Baju yang digunakan penari lelaki juga kadang-kadang ialah baju yang diperbuat daripada kulit kayu Kemedu. Kulit kambing sunong juga digunakan untuk membuat baju penari lelaki.
Alat solek
Alat solekan muka yang digunakan oleh penari tarian Datun Juud ialah berbentuk “ Natural “ ataupun berbentuk realiti. Penari –penari gemar menggunakan solekan yang berbentuk natural begini kerana persembahan yang kebiasaannya dilakukan secara terbuka dan dekat dengan audien. Hal ini menampakan lagi kejelitaan penari wanitayang semulajadi.
ALAT Muzik
Alat muzik yang mengiringi tarian Datun Julud ini adalah Sape sahaja. Alat muzik Sape berbentuk seperti gambus panjang, badannya panjang, berbentuk hampir empat segi. Sape merupakan sejenis alat tali dari keluarga lute yang berleher pendek dan talinya dipetik. Sape juga diperbuat daripada sejenis kayu lembut, lazimnya 'meranti' dan Jokuvang. Badannya yang agak memanjang iaitu elongated telah ditebuk dan berperanan sebagai ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering disebut Sebagai the boat lut oleh para sarjana dari Barat.
Sape begitu terkenal di kalangan suku kaum Kayan dan Kenyah kerana muzik ini merupakan muzik utama dalam menarikan tarian Datun Julud. Sape selalu dimainkan untuk muzik hiburan serta mengiringi tarian seperti Datun Julud dan Ngajat iaitu sejenis tarian pahlawan yang sering dikaitkan dengan head hunting mengikut
legenda kaum Dayak dan kini kepercayaan seperti ini telah tidak diamalkan lagi. Dalam tarian Datun Julud antara lagu yang sering dimainkan dengan muzik sape ialah lagu Sak Paku.
Cara bermain sape ialah dengan meletakannya diriba dan dipetik seperti bermain gitar iaitu dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan irama lagunya.
Melalui kajian ini, Tarian Datun Julud ini dapat dikenali dengan lebih dalam lagi serta potensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa amat sesuai kerana mempunyai keunikan dan keaslian yang berbeza serta tidak terdapat di negara lain. Jika diamati, Kita dapat melihat dengan jelas bahawa gerak laku tarian Datun julud ini memancarkan gerak laku penari wanita yang membawa perwatakan sopan santun. Buktinya ialah gerakan ayunan tangan penari wanita yang perlahan dan lembut penuh dengan gaya yang manja sesuai denag ciri sebagai gadis jelita sangat mempesonakan sesiapa sahaja yang melihat tarian ini dipersembahkan.
Bagi penari lelaki pula, menampakan perwatakan sebagai wira ataupun pahlawan yang berani. Mereka menari sambil memegang parang pajang seperti mahu menentang musuh. Motif perisai yang dibawa adalah sebagai pelindung semasa menyerang musuh. Kegagahan penari lelaki dapat kita nilai apabila dia menari keseorangn dan bermaksud dia mampu menjaga wanita ataupun kaumnya pada masa dahulu apabila musuh datang menyerang kaum mereka.
Dari segi pakaian pula, corak dan motif yang pelbagai telah digunakan amat sepadan dengan langkah tarian. Hal ini menunjukan kaum Kayan / Kenyah pada masa dahulu mempunyai pemikiran yang sangat bijak dalam memilih corak dan motif yang digunakan untuk tarian Datun Julud ini.
Akhir kata, Semoga tarian Datun Julud ini dapat terus berkembang dan seandainya ada kekurangan dari segi pola lantai maka generasi sekaranglah yang perlu bertanggunjawab membaiki serta belajar bagaimana untuk menempatkan tarian ini sebaris dengan tarian-tarian sudah lama popular seperti Tarian Joget, Tarian Zapin, Tarian Ngajat dan lain-lain.
post tentang asal kenyah dari melayu dan bugis seperti yang anda buat ini sungguh sangat-sangat menyesatkan..dari bentuk fisik, adat istiadat serta bahasa pun tidak ada sama sekali persamaan kenyah dengan melayu maupun bugis...sila anda belajar lagi tentang suku kami kenyah sebelum posting asal usul suatu kaum yang anda tak ketahui..tiga tawai tuyang..terima kasih
ReplyDeletetarain ngajat keleput
ReplyDeletexde ke??
Maklumat yang lengkap
ReplyDeleteTeruskan usaha semoga maju jaya
taufiq
Deletetaufiq
DeleteUsaha yang bagus. Tapi mohon kaji semula fakta bahawa asal Kenyah dari kaum Melayu dan Bugis. Tiada langsung persamaan dari segi budaya dan adat
ReplyDeleteTahun bilakah tarian datun julud ini diciptakan?
ReplyDelete