Apakah faedah SENI jika ia tidak benar-benar lahir daripada alam rasa yang terbenam dalam batin (roh) yang suci, atau lebih parah jika ia ternyata berniat peribadi. Dengan demikian salah satu ciri seniman sejati, adalah berlandaskan niat jujur dan bersifat tidak keterlaluan mengejar RM (baca:Ringgit dan sen) tetapi tanggungjawab seniman sejati menunaikan amanah rakyat menerusi bakat dan kemahiran (melakukan kritik) yang dikurniakan Tuhan untuk kebaikan semua manusia.-Lokman Abd Samad.
Tuesday, July 20, 2010
MEMASYARAKATKAN MAHASISWA DI KG. PIMPING
KOTA KINABALU : Seramai 36 orang Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah memilih KG. Pimping, Membakut sebagai destinasi untuk mengadakan Program Bakti Siswa. Program tersebut diadakan pada 17 hingga 18 Oktober 2009 yang diketuai oleh Encik Jakaria Dasan iaitu Julatih Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS. Mahasiswa yang menyertai program tersebut ialah mereka yang mengambil Kursus Kepimpinan dan Motivasi (Bakti Siswa), Seksyen 3.
Sebaik sahaja rombongan mahasiswa UMS turun dari tangga bas pukulan kompang yang bertalu-talu menandakan penduduk kampung mengalu-alukan kedatangan mahasiswa di kampung tersebut. Pengarah program tersebut Husain Bin Abdul Latif mengatakan dalam ucapannya iringan pukulan kompang tersebut menyuntik semangatnya untuk menabur bakti di Kg. Pimping.
Aktiviti pertama mahasiswa di sana adalah penyerahan mahasiswa kepada keluarga angkat mereka. Tujuan penyerahan anak angkat ini adalah supaya mahasiswa mempratikan apa yang telah mereka pelajari semasa di dalam universiti iaitu belajar untuk bergaul dengan masyarakat kampung khususnya. Encik Jakaria Dasun mengingatkan mahasiswa sekali lagi dalam ucapannya bahawa pentingnya program Bakti Siswa diadaka adalah untuk membina keterampilan mahasiswa iaitu menzahirkan ilmu yang telah diberi oleh pensyarah. Menurutnya lagi, mahasiswa harus mengamalkan apa yang telah mereka pelajari seperti adap kepada orang tua serta menjadi contoh kepada anak-anak penduduk kampung. Amalan tersebut adalah sebagai hadiah kepada apa yang telah dipelajari kepada masyarakat.
Pada hari pertama juga, mahsiswa telah meluangkan masa untuk bersama pelajar-pelajar SK. Pengiran Jaya, Membakut. Antara aktiviti yang dibuat ialah latihan dalam kumpulan, ekplorasi, sukaneka dan sebagainya. Matlamat aktiviti tersebut adalah untuk menanam semangat adik-adik mahasiswa di kampung tersebut untuk menjejaki langkah mereka untuk turut serta melangkah ke menara gading bila sudah tiba masanya. Aktiviti yang diadakan oleh mahasiswa sangat mengembirakan adik-adik mereka. Hal ini dibuktikan melalui tayangan video yang telah ditayangkan pada majlis penutupan program tersebut.
Sebelah sebelah malam pula, telah diadakan malam kebudayaan dimana mahasiswa yang pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, Dusun, Iban dan Brunei dan berlainan agama yang majoritinya terdiri daripada pelajar Sabah, Sarawak dan kelantan. Konsep Satu Malaysia telah ditunjukan oleh para mahasiswa apabila majoriti mahasiswa telah memakai baju Melayu dan yang perempuannya pula berbaju kurung. Malam tersebut diserikan dengan pertandingan Karoake antara mahasiswa dengan wakil-wakil penduduk kampung. Selain itu, Kumpulan Muzik Gambus Kg. Pimping turut membuat persembahan untuk dilihat oleh para mahasiswa. Dengan adanya muzik gambus yang dimainkan pada malam tersebut, maka para mahasiswa telah bersama-sama penduduk kg. Pimping menari tarian Joget, Zapin, Sumanzau dan banyak lagi. Hubungan yang erat antara mahasiswa dan penduduk kampung jelas terjalin mesra sekali.
Pada hari kedua pula, adalah diakan majlis penutupan program Bakti Siswa yang dihadiri oleh Prof Madya Dr. Kasim Hj. Mansur iaitu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, YB. Aminudin Mat Yakub wakil rakyat daerah Membakut, En. Jakaria Dasan Jurulatih PKPP UMS, Tuan pengiran Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Simpun Ketua Rukun Tetangga (KRT) Kg. Pimping. Dalam ucapannya, Prof sangat menyokong program seperti Bakti Siswa diadakan kerana ilmu yang diperolehi melalui program tersebut banyak membantu mahasiswa selepas keluar dari Universiti. Walau pun program tersebut diadakan dalam masa yang singkat, prof berharap para mahasiswa yang menyertai program anak angkat tersebut mendapat pengalaman yang berguna di masa depan. Menurut Prof lagi beliau akan berusaha untuk membantu pelajar dari Kg. Pimping yang memperoleh keputusan yang baik akan diberi ruang untuk masuk ke UMS. Dalam pada itu juga Prof berharap mahasiswa akan terus mempunyai hubungan yang berterusan dengan keluarga angkat masing-masing. Hal ini kerana Prof sendiri pernah mempunyai keluarga angkat dan hubungan tersebut masih terjalin sampai sekarang.
Mahasiswa sememangnya merupakan aset penting sesebuah negara. Hal ini kerana “pemuda pemudi sekarang khususnya mahasiswa adalah cerminan pemimpin yang akan datang” kata YB. Aminudin Mat Yakub. YB juga bersetuju supaya mahasiswa UMS akan datang kembali ke Kg. Pimping untuk melaksanakan projek pertanian iaitu menaman pokok buah-buahan di kawasan tanah khas yang disediakan oleh Penduduk Kg. Pimping. Akhir kata YB. mengingatkan para mahasiswa supaya melalui program angkat angkat tersebut mahasiswa tidak akan memandang masyarakat kampung sebelah mata setelah memegang jawatan yang tinggi, malah akan menghulurkan kedua-dua belah tangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment